UTAMA arkib

REKOD pasukan TLFC

 

BERITA sejarah

KALENDAR diari

 

ARTIKEL penulisan

JOHAN akademi

 

MALAYSIA liga bola LAMAN UTAMA TLFC
Paparan lebih sesuai menggunakan layaran [ Mozilla Firefox / Google Chrome ] dengan resolusi 1024 x 768. image clock

Kejohanan Bolasepak Piala Tunas Lagenda 2014.

Bertarikh 6 November 2014 oleh Nor Kuzairy Abu Bakar.

Salam sejahtera kepada semua!

Hasil mesyuarat pengurus akademi & pengurusan TLFC baru-baru ini, maka dengan ini TLFC melancarkan Kejohanan Bolasepak Tahunan Piala Tunas Lagenda yang akan diadakan seperti berikut:-

Hari & Tarikh : AHAD, 16 November 2014, bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Lokasi : KOLEJ MARA BANTING, BUKIT CHANGGANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Kategori : U6 (daftar 4 pemain), U8 (10 pemain), U10 (13), U12 (15), U14 (15), U16 (15).
Pasukan : Semua Akademi Cawangan Tunas Lagenda.

Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan adalah seperti berikut:-

Bangi (Coach Kamal) , Banting (Coach Kuzairy), Bukit Changgang (Coach Alex), Kajang (Coach Imran), Kepong (Coach Angah), Kg Medan (Coach Thana), Maluri (Coach Jalal), Puchong (Coach Faez), USJ (Coach Kuzairy), dan Puncak Jalil (Coach Tuan Faeh).

Semua pasukan akan bermain pusingan round-robin, minimum 3 atau 4 perlawanan, dan tempat pertama & kedua kumpulan akan bermain dalam pusingan separuh akhir, atau perlawanan akhir. Jadual perlawanan akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Semua pemain akan mendapat sijil penyertaan, manakala 4 pasukan teratas liga (atau semi-finalist) akan mendapat medal pingat, serta pasukan yang juara setiap kategori akan membawa pulang piala pusingan.

Tidak dilupai kepada pasukan semua kategori yang menduduki tempat pertama / kedua / ketiga dalam Liga Tunas Lagenda tempohari akan mendapat hadiah masing-masing seawal jam 8 pagi semasa perasmian Kejohanan Piala Tunas Lagenda nanti.

Semua pemain yang mahu bertanding wajib berdaftar dengan mana-mana cawangan Akademi Tunas Lagenda masing-masing, dan segala urusan pembayaran yuran liga adalah kepada pengurus cawangan masing-masing.

Kejohanan ini juga adalah salah satu pentas pemilihan pemain bagi pembentukan skuad TLFC pada masa hadapan, bermula TLFC U8, U9, U10, U11, U12, U14, U16, dan U20 (Skuad Belia TLFC).

Sekian harap maklum, dan majulah bolasepak TLFC untuk negara!

(top page)

 

 

Liga Bolasepak Tunas Lagenda 2014.

Bertarikh 2 Oktober, 2014 oleh Mohamad Imran.

 

.

Berakhir sudah cabaran Liga Tunas Lagenda (TLFC) 2014 yang telah diadakan sebanyak 2 siri pada musim ini. Objektif utama penganjuran Liga ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pemain-pemain umur 6 hingga 15 tahun - Akademi Bolasepak Tunas Lagenda untuk menimba pengalaman bermain dalam perlawanan kompetitif. Keputusan perlawanan tidaklah begitu dititikberatkan tetapi pendedahan & kemunculan bakat baru pemain-pemain telah dikesan untuk diserapkan ke dalam pasukan utama Kelab Bolasepak Tunas Lagenda.

Hasil mesyuarat antara semua pengurus pasukan dan pengurusan TLFC, maka berikut adalah keputusan serta kedudukan semua pasukan mengikut kategori Liga TLFC 2014 yang telah dipersetujui sebulat suara.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hadiah juara, naib juara dan tempat ketiga setiap kategori. Sijil penyertaan akan diberikan kepada kesemua pasukan yang bertanding.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah Liga TLFC akan disampaikan ketika Kejohanan Piala Tunas Lagenda TLFC 2014 yang bakal diadakan pada pertengahan bulan November nanti.

Kami mewakili pihak penganjur & pengurusan TLFC memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan yang telah berlaku sepanjang siri Liga TLFC tahun ini. Kami telah melakukan post-mortem dan akan melakukan yang lebih baik untuk Kejohanan Piala TLFC nanti dan juga pertandingan-pertandingan di masa akan datang. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, ibubapa/penjaga, individu2 dan kumpulan yang menyokong perjalanan Liga TLFC tahun ini.

Terima kasih & majulah bolasepak Tunas Lagenda untuk negara!

(top page)

Piala Persahabatan Akademi 2013.

Bertarikh 30 Disember, 2013 oleh Mohamad Imran.

Akademi-akademi bolasepak sekitar Lembah Klang yang bernaung di bawah Kelab Bolasepak Tunas Lagenda telah menganjurkan Karnival Perlawanan Persahabatan Akademi 2013 yang berlangsung pada hari Sabtu, 28 Disember 2013 bertempat di Kolej MARA Banting, Bukit Changgang, Banting, Selangor Darul Ehsan. Objektif perlawanan ini adalah sebagai aktiviti akhir tahun buat semua pemain Akademi yang berjumlah kira-kira 300 pemain yang telah menyertai karnival ini.

Berikut adalah senarai pemenang:-

Kategori U6
Juara - Banting Sri Langat
naib juara - Kajang Saujana Impian

Kategori U8
Juara - Kg Medan
naib juara - Kajang Saujana Impian

Kategori U10
Juara - Subang Bestari
naib juara - Kajang Saujana Impian

Kategori U13
Juara - Kg Medan
naib juara - Puchong/Maluri

Kategori U16
Juara - Banting Sri Langat
naib juara - Bangi/GMI

Terima kasih kepada pihak Kolej MARA Banting yang sudi menyediakan padang perlawanan! Dan terima kasih kepada semua pemain, ibubapa, jurulatih, dan pengurus pasukan yang sudi menyertai Karnival ini! Hingga kita bertemu lagi pada masa akan datang, insha ALLAH!

LIGA BOLA SEPAK AMATUR JUNIOR (LAJ) 2013.

Bertarikh 25 September, 2013 oleh Mohamad Imran.

[ Memorandum pekeliling - Pengesahan pasukan - Berita Arkib ]

Keputusan penuh kategori U8, U10, U12, U14.

 

 

 

(top page)

 

Nota Untuk Perlawanan Minggu Kedua.

Selamat menyambut cuti persekolahan kepada semua pemain!

Setelah bermesyuarat hampir 3 jam pada malam Selasa 28 Mei 2013 baru-baru ini, semua pengurus pasukan yang bertanding dalam Liga Amatur Junior 2013 - telah sebulat suara bersetuju dalam beberapa perkara seperti berikut:-

1) Hari perlawanan Liga Amatur telah ditetapkan seperti tarikh-tarikh yang disebutkan dalam Surat Pekeliling di atas. Tarikh perlawanan berikutnya ditetapkan pada hari Ahad 9 Jun 2013 di Padang MARDI Serdang. Sila hadir seawal jam 8 pagi untuk urusan pendaftaran pasukan & penyediaan lokasi perlawanan. Perlawanan dimulakan TEPAT jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 3 petang.

2) Kategori U8: Subang Bestari telah mengesahkan penarikan diri pasukan, dan semua keputusan yang membabitkan Subang akan ditarikbalik. Subang akan bergabung dengan pasukan Melawati, dan namanya akan bertukar daripada Melawati - Klang kepada Melawati - Subang. Dengan penarikan diri JUARA BERTAHAN U8 2013, maka kita akan ada juara baru U8 untuk tahun ini!

3) Kategori U8: Jengka juga telah sah menarik diri. Jadi Indera Mahkota akan berpindah daripada kumpulan A kepada kumpulan B.

4) Kategori U8: Dengan satu kekosongan dalam kumpulan A, maka pasukan Puncak Jalil akan menghantar satu lagi pasukan baru: Puncak Jalil B ke dalam kumpulan A. Puncak Jalil yang berada dalam kumpulan B, menjadi pasukan A (Puncak Jalil A).

5) Kategori U10: Setakat ini tiada perubahan dalam senarai pasukan.

6) Kategori U12: Indera Mahkota telah menarik diri, menjadikan jumlah pasukan dalam kumpulan A kepada 6 pasukan sahaja.

7) Kateogri U12: Keputusan Bangsar 3-0 menang percuma ke atas Putrajaya akan ditarik balik setelah pasukan Putrajaya berjanji akan hadir pada hari perlawanan nanti.

8) Kategori U14: Pasukan Kepong akan menarik diri dan bergabung dengan pasukan Pahang, nama baru pasukan adalah Pahang - Kepong. Kekosongan ini akan diganti dengan pasukan baru iaitu Sri Permaisuri.

9) Semua pemain dikenakan yuran sekurang-kurangnya RM10 (seorang) pada setiap hari perlawanan, keseluruhan berjumlah RM50 untuk setiap pemain (Rujuk Surat Pekeliling). Yuran dijelaskan kepada pengurus pasukan masing-masing, dan semua senarai nama pemain U8, 10, 12, 14 - hendaklah dihantar kepada Coach Imran selewat-lewatnya Jumaat 7 Jun 2013.

10) Semua pengurus pasukan diminta memeriksa jadual perlawanan dan sebarang bantahan / rayuan hendaklah dikemukakan kepada Coach Imran selewat-lewatnya Rabu 5 Jun 2013. Sebarang kegagalan bermain selepas itu mungkin mengakibatkan "walk-over" kepada pasukan yang terlibat.

11) Semua pasukan terutamanya pemain & penyokong, SILA BUANG SAMPAH KE TEMPAT PENGUMPULAN / TONG SAMPAH yang disediakan pihak penganjur. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pasukan terbabit akan dikenakan denda yang tinggi nilainya oleh pihak penganjur.

12) Sebarang pengumuman terkini akan dimaklumkan oleh pengurusan dari semasa ke semasa, terima kasih! Majulah bolasepak TUNAS LAGENDA untuk negara!

(top page)

PASUKAN-PASUKAN YANG TELAH MENGESAHKAN PENYERTAAN
(*terkini 9 Jun 2013)

 

 

 

 

 

(top page)

 


- Bertarikh 14 Mei, 2013.

 

LIGA BOLA SEPAK AMATUR JUNIOR (LAJ), anjuran KELAB BOLA SEPAK TUNAS LAGENDA (TLFC) akan dianjurkan mulai 19 Mei hingga 07 Julai 2013. Tahun ini adalah tahun kedua penganjuran yang dijangka saingan yang lebih hebat dan akan melibatkan 600 orang pemain daripada 60 buah pasukan yang mewakili 17 buah Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda manakala tahun 2012 hanya 25 buah pasukan bertandingan mewakili 9 buah cawangan akademi dengan hanya 325 orang pemain, iaitu hampir 100% peningkatan.

Tujuan diadakan LAJ ini bagi memberi peluang dan pendedahan sama rata kepada semua pemain ABTL terlibat dalam pembangunan bola sepak iaitu melalui siri perlawanan bola sepak. Penganjur yakin akan lahir ramai lagi bakat-bakat baru yang akan mengisi slot dalam pasukan utama Tunas Lagenda.

Kejohanan ini akan digunakan sebagai platform pertama pemilihan pemain ke Kem Latihan & Klinik Kejurulatihan Siri 3 - Nov 2013 sebelum pemilihan terakhir ke Siri Perlawanan Persahabatan TLFC menentang pasukan negeri-negeri di selatan (Melaka, Johor & Singapura) - Dis 2013.

Kejohanan ini juga merupakan sebahagian usaha TLFC membantu pembangunan bola sepak negara bagi MELAHIRKAN LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA di masa hadapan.

Untuk makluman, pemain-pemain TLFC yang berumur 15 ke 17 tahun, mereka akan diserapkan dalam kategori bawah 14 tahun di bawah kuota khas dan akan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Doa dan harapan saya agar pertandingan ini dapat diadakan dengan SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI dan berlangsung dengan lancar seperti yang dirancangkan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.

Tunas Lagenda Kita adalah Satu Pasukan Kita Adalah Satu Keluarga...

Yang Benar,

Coach Bakri Ibni
Penasihat Kejohanan LAJ & Ketua Jurulatih TLFC.

 

Nota Minggu Pertama:

1) Setiap pasukan hanya bermain sekali bertemu setiap pasukan dalam setiap kumpulan.

2) Minggu pertama - Ahad ini 19 Mei di Padang Mardi Serdang. Semua pasukan wajib melaporkan diri kepada pengurusan seawal jam 8 pagi. Hanya perlawanan pasukan melibatkan Indera Mahkota, Jengka, Pahang (U14), Kepong U14, Bangi U14 sahaja ditangguhkan.

3) Semua perlawanan mesti dilangsungkan mengikut jadual - bermula seawal 8:30 pagi, jika pasukan tidak muncul pada masa perlawanan tanpa alasan yang kukuh, maka pasukan tersebut diisytiharkan kalah 0-3.

4) Jika kedua-kedua pasukan yang bertanding tidak muncul tanpa alasan kukuh, maka kedua-dua pasukan akan bolos otomatik 3 gol, dan tidak mendapat mata dan perlawanan tersebut ditambah 1 untuk kedua-dua pasukan.

5) Jadual perlawanan adalah muktamad, sebarang rayuan boleh dikemukakan kepada Coach Imran (017 667 6364) untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.

6) Jumlah pemain dalam setiap kategori pasukan:-

Pemain Utama - Simpanan Minimum* - Jumlah*
U8: 6 pemain. - 4 pemain.* - 10.*
U10: 9 pemain - 5 pemain.* - 14.*
U12: 11 pemain - 6 pemain.* - 17.*
U14: 11 pemain - 6 pemain.* - 17.*

*Pemain simpanan boleh didaftarkan sehingga maksimum 9 pemain.*

7) Hasil mesyuarat pengurus pasukan pada Ahad 12 Mei baru-baru ini, semua pasukan diminta menghantar beberapa nama jurulatih sehingga berjumlah 10 orang - untuk menjadi PENGADIL SEPENUH MASA BERGAJI TETAP bagi katagori U8 U10 U12. Nama dihantar sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari perlawanan. Semasa hari perlawanan, setiap pengadil akan melaporkan diri kepada Coach Imran yang menjaga "match balls", bip, wisel, kad kuning & kad merah, jadual & keputusan perlawanan, nama penjaring & pemain terbaik.

8) Semua pasukan juga wajib menghantar senarai pemain kepada Coach Imran mengikut kategori: (Nama penuh - Umur - Kad Pengenalan - Posisi). Senarai dihantar sekali sahaja pada hari pertama pertandingan. Nama ini akan disimpan dalam rekod, dan akan dirujuk untuk pemilihan Tunas Lagenda, dan untuk apa-apa perkara berbangkit pada masa hadapan. Senarai nama adalah tetap dan tidak dibenarkan bertukar pasukan sehingga tamat musim Liga Amatur tahun ini - KECUALI ATAS RAYUAN YANG DIPOHON SEBELUM 2 HARI PERLAWANAN.. Pemain melebihi umur 2 tahun bagi setiap kategori - DIBENARKAN seperti berikut:-
U8: 2 pemain atas padang.
U10: 3 pemain (2 atas padang).
U12: 4 pemain (2 atas padang).
U14: 4 pemain (2 atas padang).

9) Yuran pasukan juga akan dibayar oleh pengurus kepada Coach Imran. Untuk permulaan, minggu ini semua pemain yang berdaftar dikenakan caj RM5 seorang. Dibayar kepada pengurus pasukan masing-masing.

10) Semua pasukan juga wajib membayar kos tiang gol baharu seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat kepada Coach Imran. Sebarang tunggakan bayaran akan menyebabkan status perlawanan pasukan mungkin dibatalkan - KALAH PERCUMA.

11) Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini berdasarkan persetujuan majoriti semua pengurus pasukan. Terima kasih. Majulah bolasepak untuk TUNAS LAGENDA!

(top page)

 

Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri,
Bank Rakyat 2012.

Bertarikh 19 November, 2012.

Utusan Malaysia 29 Nov 2012 - sisipan Mega, sisipan MyRakyat - mukasurat 4. Utusan Malaysia (29 Nov 2012)Piala Kelab NURI 2012.

 


Keputusan Lengkap Liga Amatur Junior 2012 pula boleh dirujuk di [ sini ].

Terima kasih. Berjumpa lagi dalam edisi akan datang!

 

Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri,
Bank Rakyat 2012.

Bertarikh 19 November, 2012.

2012 - U8 Winners2012 - U10 Winners2012 - U12 Winners2012 - U14 Winners

 

 

Piala Kelab NURI 2012 - Pasukan U8 & U10.

Semua pasukan bawah 8 tahun cawangan Bank Rakyat yang telah mengesahkan penyertaan untuk perlawanan Sabtu ini (17 November):-

1) BANGI U8 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Seri Putra.
2) BANTING U8 (Selangor)
3) INDERA MAHKOTA A U8 (Pahang)
4) INDERA MAHKOTA B U8 (Pahang)
5) JENGKA U8 (Pahang)
6) KAJANG U8 (Selangor) - Diwakili ABKN Kajang Saujana Impian.
7) PUCHONG U8 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Kinrara.
8) PUTRAJAYA U8 (p.8) - ABKN S.Sekamat,Tmn Jasmin & ABKN Tmn Ehsan.
9) SERDANG RAYA U8 (Selangor) - Diwakili ABKN Taman Puncak Jalil.
10) SHAH ALAM U8 (seksyen 9) - (Selangor)
11) SUNGAI BULOH A U8 (Selangor)
12) SUNGAI BULOH B U8 (Selangor)
13) TAMAN MELAWATI U8 (Kuala Lumpur)
14) USJ U8 (Selangor)
PKN12_u8

EMPAT BELAS pasukan U8 ini telah diletakkan dalam EMPAT kumpulan. DUA pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir jam 13.30 (Padang A & B), dan jam 13.50 (pdg A & B). Pemenang suku akhir akan layak ke separuh akhir selepas itu (Jam 14.10 (Padang A & B)), seterusnya diadakan penentuan tempat ketiga/keempat pada jan 14:30. Pemenang separuh akhir, akan bermain dalam FINAL untuk penentuan juara pada jam 3 petang.

 

Seterusnya berikut adalah semua pasukan bawah 10 tahun yang telah mendaftarkan diri:-

1) BANGI U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Seri Putra.
2) BANTING U10 (Selangor)
3) INDERA MAHKOTA U10 (Pahang)
4) JALAN IPOH U10 (Kuala Lumpur)
5) KAJANG A U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Kajang Saujana Impian (A).
6) KAJANG B U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Kajang Saujana Impian (B).
7) KLANG U10 (Selangor)
8) PUCHONG U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Kinrara.
9) PUTRAJAYA U10 (p.8) - ABKN S.Sekamat,Tmn Jasmin & ABKN Tmn Ehsan.
10) SERDANG RAYA U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Taman Puncak Jalil.
11) SHAH ALAM U10 (seksyen 9) - (Selangor)
12) SUBANG PERDANA U10 (Selangor) - Diwakili ABKN Subang Bestari.
13) SUNGAI BULOH A U10 (Selangor)
14) SUNGAI BULOH B U10 (Selangor)
15) USJ U10 (Selangor)

pkn12_u10

Seperti kategori U8 di atas, LIMA BELAS pasukan U10 ini telah diletakkan dalam EMPAT kumpulan. DUA pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir jam 13.30 (Padang A & B), dan jam 13.50 (pdg A & B). Pemenang suku akhir akan layak ke separuh akhir selepas itu (Jam 14.10 (Padang A & B)), seterusnya diadakan penentuan tempat ketiga/keempat pada jan 14:30. Pemenang separuh akhir, akan bermain dalam FINAL untuk penentuan juara pada jam 3 petang.

 

- Pasukan U12 & U14.

Senarai pasukan bawah 12 tahun cawangan Bank Rakyat yang telah mengesahkan penyertaan untuk perlawanan Sabtu 10 November:-

1) BANTING U12 (Selangor)
2) INDERA MAHKOTA U12 (Pahang)
3) JENGKA U12 (Pahang)
4) JALAN IPOH U12 (Kuala Lumpur)
5) KAJANG U12 (Selangor) - Diwakili ABKN Kajang Saujana Impian.
6) KLANG U12 (Selangor)
7) KUALA SELANGOR A U12 (Selangor)
8) KUALA SELANGOR B U12 (Selangor)
9) PUCHONG U12 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Kinrara.
10) PUTRAJAYA U12 (p.8) - ABKN S.Sekamat,Tmn Jasmin & ABKN Tmn Ehsan.
11) SERDANG RAYA A U12 (Selangor) - Diwakili ABKN Taman Puncak Jalil (A).
12) SERDANG RAYA B U12 (Selangor) - Diwakili ABKN Taman Puncak Jalil (B).
13) SHAH ALAM U12 (seksyen 9) - (Selangor)
14) SUBANG PERDANA U12 (Selangor) - Diwakili ABKN Subang Bestari.
15) SUNGAI BULOH U12 (Selangor)
16) USJ U12 (Selangor)

ENAM BELAS pasukan U12 ini telah diletakkan dalam EMPAT kumpulan. DUA pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Pemenang suku akhir akan layak ke separuh akhir pada hari yang sama, seterusnya diadakan penentuan tempat ketiga/keempat jika cuaca atau masa mengizinkan. Pemenang separuh akhir, akan bermain dalam FINAL pada Sabtu 17 November pada petang jam 3. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

PKN2012 U12

























 

 

 

 

Manakala berikut adalah semua pasukan bawah 14 tahun yang telah mendaftarkan diri untuk hari AHAD (11 November):

1) BANGI U14 (Selangor) - Diwakili ABKN Bandar Seri Putra.
2) BANTING U14 (Selangor)
3) JALAN IPOH U14 (Kuala Lumpur)
4) KUALA SELANGOR U14 (Selangor)
5) PUTRAJAYA U14 (presint 8) -ABKN S.Sekamat,Tmn Jasmin & ABKN Tmn Ehsan.
6) SERDANG RAYA U14 (Selangor) - Diwakili ABKN Taman Puncak Jalil.
7) SUBANG PERDANA U14 (Selangor) - Diwakili ABKN Subang Bestari.
8) TAMPIN U14 (Negeri Sembilan)

Untuk U14, hanya DUA kumpulan dibahagikan antara LAPAN pasukan ini, dan DUA pasukan teratas layak ke peringkat Separuh Akhir, pemenang akan ke FINAL pada 17 haribulan, manakala tempat ketiga/keempat akan berlangsung pada hari yang sama. Format tendangan penalti "Shoot-Out" digunakan jika perlawanan penuh terikat dengan seri, dan pemenang penalti akan mendapat 1 lagi mata. Berikut adalah keputusan penuh:-

pkn12 - U14

 

Semoga semua pemain bermain dengan semangat kesukanan, dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang telah kecundang, usah risau kerana tahun hadapan LIGA AMATUR JUNIOR 2013 akan berlangsung seawal Januari!



Bank Rakyat telah memberi kelulusan (secara dasarnya) untuk penganjuran Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri, Bank Rakyat bagi kali ke 4 (2012) yang akan diadakan seperti berikut:

* 10 & 11 November di Padang MARDI, Serdang - U12 & U14
* 17 November di Padang ILSAS / UNITEN, Bangi - U8, U10, Final U12 & U14

Pertandingan ini juga bertujuan mencari bakat juga di adakan sesi pemilihan bagi pemain yang akan mewakili TLFC - Bank Rakyat bagi ke Liga 1MCC U10, U12, U14 & U16 tahun 2013.

Syarat-syarat:

1.) Pemain2 TLFC yg ingin bermain dalam pertandingan ini perlu berdaftar dengan mana2 cawangan ABKNBR dan mempunyai akaun simpanan Kelab Nuri Bank Rakyat

2.) Setiap pemain perlu menabung minimum RM100 dalam akaun masing2. simpanan di kira bemula bulan September. (Jadi duit raya tahun ni simpan dalam Bank Rakyat)

3.) Setiap Akademi hanya boleh menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori.

4.) Kategori dipertandingkan: (U8 - 7 sebelah), (U10 - 9 sebelah), (U12 - 11 sebelah), & (U14 - 11 sebelah).

5.) Selain hadiah pertandingan bola sepak & di adakan juga hadiah khas PEMAIN PALING & PASUKAN BANYAK / TINGGI MENABUNG.

Diari tahunan Akademi boleh dirujuk di [ sini ]. Terima kasih.

 

Liga Amatur Junior 2012.

Bertarikh 23 March, 2012.

image

Hari Pertama Liga (Sabtu 17 Mac) telah berlangsung dengan jayanya di lokasi pertandingan, dengan beberapa perlawanan telah berlangsung dengan penyertaan lebih 20 pasukan dalam 3 katergori umur daripada beberapa Akademi Kelab NURI sekitar Lembang Klang.

Ikuti foto-foto sekitar perlawanan liga yang disumbangkan oleh ABKN - Kajang.

[ Galeri Liga Hari Pertama | Koleksi daripada Facebook ]

Hadiah

1) Bawah 8 Tahun :

Juara Liga - Piala, Tunai RM400.00 & Medal pemain
Naib Juara - Tunai RM300.00 & Medal Setiap Pemain
Ketiga - Tunai RM200.00 & Medal Setiap Pemain
Keempat / Kelima / Keenam - Medal Setiap Pemain

2) Bawah 10 Tahun:

Juara Liga - Piala, Tunai RM500.00 & Medal Pemain
Naib Juara - Tunai RM400.00 & Medal Setiap Pemain
Ketiga - Tunai RM300.00 & Medal Setiap Pemain
Keempat - Medal Setiap Pemain

3) Bawah 12 Tahun :

Juara Liga - Piala, Tunai RM600.00 & Medal Pemain
Naib Juara - Tunai RM500.00 & Medal Setiap Pemain
Ketiga - Tunai RM400.00 & Medal Setiap Pemain
Keempat - Medal Setiap Pemain

Jadual Liga Amatur Junior 2012 - Minggu Ke-7.

Bertarikh 12 Jun, 2012 oleh Faizar Abdul Mutalib.

Minggu ini liga dijadualkan bersambung pada pagi AHAD, 17 Jun 2012 di lokasi biasa - Padang MARDI, Serdang. Perlawanan pasukan bawah 10 & 12 tahun bakal hangat dengan persaingan sengit merebut kedudukan terbaik masing-masing. Mampukah abang-abang Subang Bestari mencontohi kejayaan adik-adiknya yang muncul juara Kategori Bawah 8 Tahun? Mampukah Puncak Jalil A menyaingi tempat pertama - mencabar Subang dan dicabar hebat Kajang A (U-10) atau USJ (U-12)? Mampukah abang-abang Kajang menebus kekecewaan adik-adik U8 yang kempunan tempat ke-3? Pasukan mana yang boleh diramalkan juara tahun ini? Sama-sama kita saksikan! Jumpa Ahad ini! Ikuti hari terakhir pasukan U-12 untuk merebut mahkota kejohanan!

 

Keputusan & Carta Liga Amatur Junior 2012.
(Minggu ke-7)

Bertarikh 19 Jun, 2012 oleh Faizar Abdul Mutalib

Hari ketujuh Liga Amatur 2012 telah berlangsung pada Ahad 17 Jun 2012. Kategori Bawah 12 tahun, pasukan Puncak Jalil A berjaya memotong pasukan pilihan Subang Bestari dengan kelebihan +2 sahaja dalam perbezaan jaringan. Puncak Jalil A terpaksa menunggu sehingga perlawanan Subang Bestari vs Kajang di mana Subang mesti menang 6 gol tanpa balas untuk muncul juara. Namun pasukan Kajang yang ramai dibarisi pemain bawah 11 tahun sahaja, memberi tentangan sengit sebelum tumbang 0-3 sahaja, seterusnya menafikan peluang Subang untuk menjejaki tahta kejuaraan seperti adik-adik U8 mereka. Jadi Subang Bestari hanya berpuas hati dengan gelaran naib juara, dan TAHNIAH Puncak Jalil A, dan juga kepada Puncak Jalil B yang berjaya memotong USJ untuk menduduki tempat-3 Liga U12!

 

Keputusan & Carta Liga Amatur Junior 2012.
(Minggu ke-8)

Bertarikh 16 Julai, 2012 oleh Faizar Abdul Mutalib

Akhirnya hari terakhir Liga Amatur Junior 2012 Kategori 10 tahun, berjaya juga dilangsaikan setelah beberapa minggu terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan para jurulatih & pemain untuk beberapa perlawanan Tunas Lagenda FC. Setelah kata sepakat dicapai, hari terakhir Liga U-10 telah berlangsung pada pagi Sabtu 14 Julai 2012 bertempat di padang MARDI, Serdang.

Pasukan pilihan yang gah menerajui tahta liga selama ini: Subang Bestari hanya menurunkan pemain simpanannya sahaja berikutan ramai pemain utama mereka ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Jadi Subang Bestari mencatatkan tiga kekalahan dan 2 seri. Pasukan KAJANG A sedaya upaya bermain bersungguh-sungguh dengan jumlah kehadiran pemain yang paling ramai sekali berbanding semua pasukan lain, mencatat 3 kemenangan sekaligus BERJAYA memintas pasukan Subang Bestari & Puncak Jalil A untuk muncul juara Liga Amatur Junior 2012 (U10). Puncak Jalil A yang mesti mencatatkan semua kemenangan untuk peluang memintas tahta, terpaksa berpuashati di tempat ke-3 setelah dalam satu perlawanan; mereka diikat seri oleh Banting A yang kekal menduduki tempat ke-4. PUJ A mempunyai jumlah mata & beza gol yang sama dengan Subang Bestari, namun dibezakan dengan jumlah jaringan Subang yang lebih banyak - Subang Bestari naib juara U10!

Tahniah kepada semua pemenang, termasuk kategori U12, & U8. Hadiah & piala pusingan akan disampaikan pada akhir tahun ini sebelum bermulanya kejohanan Piala Kelab NURI Bank Rakyat!

Kami pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti para pegawai penganjuran Liga Amatur Junior 2012, para pemain U8 & U10 & U12, semua pengurus pasukan, semua jurulatih, dan juga para ibubapa yang tidak jemu-jemu menghantar anak-anak dan setia sepanjang hari pertandingan untuk memberi sokongan padu. Kami juga memohon jutaan kemaafan jika ada kesilapan & apa jua tindakan yang kurang memuaskan hati. Akhir kata, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Muslimin & Muslimat!

Kita akan berjumpa lagi dalam Piala Kelab NURI nanti.

 

 

Keputusan Lengkap Liga Amatur Junior 2012.

Disediakan oleh Mohamad Imran Muhammad.

image

Full Table (U10)

Full Result (U10)

Full Result (U10)

Full Result (U10)

Full Result (U10)

Full Table (U12)

Full Result (U12)

Full Result (U12)

Fixtures, Result & Full Table (U8)