UTAMA arkib

REKOD pasukan TLFC

 

BERITA sejarah

KALENDAR diari

 

ARTIKEL penulisan

JOHAN akademi

 

MALAYSIA liga bola LAMAN UTAMA TLFC
Paparan lebih sesuai menggunakan layaran [ Mozilla Firefox / Google Chrome ] dengan resolusi 1024 x 768. image clock

REKOD TUNAS LAGENDA
DALAM PELBAGAI KEJOHANAN LAIN
BERMULA 2012

| U10 JUARA BRUNEI2014! | U12 JUARA PNSB2014! | U12 Perlis2014 |
| U12 JUARA MBSA2013, U10 NaibJuara
| U14 Pahang JUARA 2013 | U12 Perlis2013 |

[ REKOD TUNAS LAGENDA DALAM 1MCC ]

Festival Bolasepak Brunei 2014 - ABTL U10 JUARA

Bertarikh 15 Disember 2014 oleh Mohamad Imran.

Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai dugaan & cabaran sepanjang persediaan pasukan Akademi Bolasepak Tunas Lagenda (ABTL) U10 ini, akhirnya tuah memihak kepada kita apabila berjaya mengungguli kejohanan ini! Ini adalah kejuaraan pertama pasukan kategori bawah 10 tahun Tunas Lagenda dalam sejarah penubuhan kelab sejak 2012! Bertambah manis, kejayaan ini diraih di peringkat Asia Tenggara dan telah menewaskan pasukan-pasukan Brunei Darussalam termasuk sebuah pasukan ternama dari Kuala Lumpur!

[ Gambar Penuh ]

 

Ikuti berita dan keputusan perlawanan ABTL U10 seperti di bawah ini.

[ Klip Video ] Berita Pagi RTB (Radio Televisyen Brunei)

[ Gambar Penuh ]

Link berita di atas dalam versi internet di [ sini ].

Saya selaku pengurus merangkap penjaga pasukan ABTL U10 ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ibubapa pemain yang sanggup menyumbang kewangan, masa & tenaga untuk pasukan, serta menyertai & memberi keizinan kepada anak-anak dalam pengembaraan merentasi Laut China Selatan ke Negara Brunei Darussalam! Jasa & pengorbanan semua amat kami hargai demi kemajuan bolasepak anak-anak Tunas Lagenda!

Juga kami tujukan kejayaan penutup tahun 2014 yang gemilang ini kepada Tuan Presiden kita - Haji Bakri Ibni yang tidak jemu-jemu mendidik & melatih anak-anak Tunas Lagenda supaya mampu menjadi lagenda suatu hari nanti!

Insha ALLAH jika dikurniakan rezeki lagi - kita akan sertai lebih banyak peluang kejohanan sebegini pada tahun 2015 nanti sebagai pendedahan bakat baru anak-anak kita! Ameen!

 

 

 

Berita Bertarikh 9 Disember 2014

Laporan Projek ABTL ke Brunei 2014.

Akademi Bolasepak Tunas Lagenda (ABTL) telah mendaftarkan pemain bawah 10 tahun untuk menyertai Festival Bolasepak Sekolah Sukan Brunei 2014 yang dianjurkan oleh Brunei Sports School Soccer Academy (BSSSA).

Kejohanan akan berlangsung pada minggu ini, Sabtu 13 Dec & Ahad 14 Dec 2014. Rombongan ABTL akan bertolak pada Jumaat 12 Dec & pulang ke tanahair pada hari Isnin 15 Dec 2014.

Objektif utama penyertaan ABTL adalah untuk mencari pengalaman bermain di luar negara, di samping aktiviti cuti sekolah dan melancong ke Brunei Darus Salam. Ahli rombongan adalah seperti berikut:-

Dari kiri:- Imran, Aiman Arifin, Aqil Rahmat, Afif Sabirin, Firas Faiq, Fahim Faid, Adam Arifin, Aizat Arifin.

1) Muhammad Aqil Bin Rahmat
2) Firas Faiq Bin Ahmad Farid
3) Fahim Faid Bin Ahmad Farid
4) Adam Bin Mohd Arifin
5) Aizat Bin Mohd Arifin
6) Afif Sabirin Bin Mohd Razi
7) Coach Imran
8) Abg Arifin (Parent Adam & Aizat)
9) Kak Hazni (Parent Firas Fahim)
10) Kak Ain (Parent Afif)
11) Muhammad Aiman Bin Mohd Arifin.

 

 

 

Berita Bertarikh 31 Oktober 2014

Tunas Lagenda FC telah dijemput untuk menyertai Festival Bolasepak Brunei pada 13 & 14 Disember ini. Namun hasil mesyuarat teknikal tempohari, Kelab tidak akan menghantar pasukan utama.

Oleh itu peluang dibuka kepada semua pemain Akademi Bolasepak Tunas Lagenda (ABTL) yang berminat untuk menyertai festival ini. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:-

Bawah 9 tahun - Daftar 7 pemain.
Bawah 10 tahun - Daftar 7 pemain.
Bawah 12 tahun - Daftar 9 pemain.
Bawah 14 tahun - Daftar 9 pemain.

ABTL akan menghantar satu pasukan U10 untuk mencuba nasib di sana.

Penganjur akan menyediakan tempat penginapan dan kemudahan van/bas di sana. Manakala tiket penerbangan & makanan akan ditanggung bersama ibubapa / pengurusan.

Maklumat penerbangan adalah seperti berikut:- Bertolak ke Brunei pada hari Jumaat 12 Disember, Pulang ke KL hari Isnin 15 Disember.

Pasukan akan dikenali sebagai ABTL dan diuruskan oleh Coach Imran.

Pastikan paspost antarabangsa sah (not expired) disediakan oleh semua ahli rombongan.


Objektif utama adalah pendedahan pemain akademi kita di peringkat kebangsaan & Asia Tenggara (di mana pasukan Brunei / Indonesia / Sarawak / Johor / Terengganu / Lembah Klang juga bertanding), di samping aktiviti musim cuti sekolah dan melancong di Brunei.

Terima kasih atas sokongan semua!

(top page)

 

TLFC U12 JUARA KARNIVAL PNSB 2014.

Bertarikh 27 Oktober 2014 oleh Ruslee Malee.

Tahniah kepada skuad Tunas Lagenda FC Bawah 12 Tahun yang telah berjaya menjuarai Karnival PNSB pada Sabtu 25 Oktober 2014 bertempat di Stadium Mini Shah Alam.

Dalam peringkat kumpulan, TLFC menewaskan 2-0 ke atas Gen Pro, selepas itu menang lagi 3-1 ke atas Puchong Rangers. Dalam perlawanan ketiga, TLFC terikat 0-0 namun berjaya memenangi penalti 3-1 ke atas Ombak FC sekaligus layak ke suku akhir.

Peringkat Suku Akhir: TLFC sekali lagi diikat seri tanpa jaringan dengan MBPJ, dan berjaya memenangi penalti sudden-death (1-0) dan layak ke separuh akhir.

Separuh Akhir, LAGI SEKALI TLFC SERI LAGI (1-1), kali ini dengan MBSA. Namun BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT, tuah tendangan penalti berpihak kepada TLFC apabila menewaskan musuh tradisi mereka dengan penalti 2-1.

Perlawanan akhir = TLFC berhadapan dengan pasukan ternama CIMB-YFA. Kali ini tidak perlu lagi menunggu sehingga penalti apabila berjaya menjaringkan gol tunggal untuk menjulang Piala Karnival PNSB U12 2014! Pemain TLFC Syaizwan Irfan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik U12! TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN, JURULATIH, IBUBAPA, PENGURUSAN DAN KELUARGA TLFC! Ini adalah kejayaan kedua selepas musim lepas U12 menjuarai Kejohanan MBSA 2013.

Di samping itu juga, pasukan TLFC menghantar pasukan U8, U10, dan U16 di mana pasukan TLFC U8 berjaya mara ke suku-akhir, manakala U10 & U16 mencapai ke pusingan ke-4! TAHNIAH SEMUA!

Tidak dilupai juga satu pasukan Akademi Cawangan Tunas Lagenda iaitu Akademi Bolasepak Saujana Impian Kajang (ABSIK) yang menghantar pasukan U8, U10, dan U12 - dan semua pasukan berjaya melangkah ke pusingan ke-4 dan melepasi peringkat kalahmati kumpulan. TAHNIAH DAN SEMUGA BANYAK LAGI AKADEMI CAWANGAN AKAN BERTANDING DALAM KEJOHANAN BESAR SEBEGINI DI MASA AKAN DATANG!

 

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat juang TLFC untuk masa akan datang!

 

(top page)

Perlis U12 Invitational Cup 2014

Bertarikh 17 September 2014 oleh Haswanis Che Hasan..

Alhamdulillah, kita telah selesai menyertai kejohanan tersebut. Walaupun dibarisi dengan pemain2 baru (bolehlah dikenali sebagai team C TLFC U12), yang datang dari akademi dan tidak pernah berlatih di pusat (sebahagian dari mereka), telah menunjukkan prestasi dan komitmen yg tinggi. berikut adalah keputusan Team C TLFC U12 di kejohanan tersebut:

Peringkat Kumpulan
TLFC C vs Akademi Tunas Kedah - menang 1- 0
TLFC C vs Akademi T- Team - seri 1- 1
TLFC C vs Bintang Biru Penang - seri 2- 2

TLFC C muncul juara kumpulan A dan layak ke suku akhir bertemu Akademi Tunas Perlis. Kita tewas 0- 1 dengan mereka. Akademi Tunas ini (Kedah dan Perlis) merupakan pasukan Pelan Pembangunan Bolasepak Negara yang dibarisi oleh pemain2 yang terpilih utk Program Pembangunan Bolasepak Negara peringkat negeri.

Walaupon pada awalnya kita menghadapi masalah dalam membentuk pasukan utk kejohanan ini, tetapi dgn kerjasama yang mantap daripada semua Pusat Akademi kita, komitmen yg tinggi daripada semua jurulatih TLFC dan ibu bapa pemain, maka syukur Alhamdulillah, kita dapat bentuk satu pasukan dan bersaing dengan memberi tentangan yang hebat tanpa memperdulikan siapa lawan kita.

Walaupun begitu, pemain perlu meneruskan latihan di akademi masing2 untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Bagi pihak kelab, saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa pemain yang terlibat, jurulatih pengiring iaitu Coach Bakri, Coach Wan, Coach Kamal dan Coach Thana dalam menjayakan aktiviti ini.

Syabas dan tahniah!

Sekian.

Coach Choe

Senarai pemain yg terpilih:

1 MUHAMMAD ZUBIR BIN ZAIHAN(GK)
2 MUHAMMAD ADAM IQMAL BIN NOR ASRI
3 SAIFULLAH BIN RAHMAT
4 AHMAD AMIRUL BIN AHMAD ZAKIMI
5 MOHAMMAD FARISZUDIN BIN KAMARUZAMAN
6 MOHAMMAD ASYRAF HAKIM BIN RAMLI
7 SYAZFITRI BIN SHAHARUDIN
8 AHMAD AZLAN BIN RASYID
9 MUHAMMAD HUZAIM FAHMI BIN ASRI
10 AZIM AZIMAN BIN MOHD RAFEE
11 MUHAMMAD HAKIM BIN ZAHIM
12 FIRAS FAIQ AHMAD FARID
13 AHMAD ILHAM BIN MAIZUDDIN
14 MUHAMMAD AFIF SABIRIN BIN MOHD RAZI
15 AIYUBI SOLAHUDDIN BIN MUHD NASARUDIN

(top page)

 

KEJOHANAN SOCCERKIDS SHAH ALAM 2013

Bertarikh 9 Oktober, 2013 oleh Mohamad Imran.

Pasukan Tunas Lagenda (TLFC) U9 dan U12 telah menyertai Kejohanan Soccerkids Shah Alam pada Sabtu 5 Oktober dan Ahad 6 Oktober 2013. TLFC menghantar dua pasukan A & B bagi setiap kategori umur dan berikut adalah keputusannya.

PASUKAN BAWAH 9 TAHUN:

1) 11.15 pg : SJCSC A vs TLFC A / Padang A ----------------- kalah 0-1

2) 11.45 pg : Tunas Muda vs TLFC B / Padang B ------------- seri 1-1

3) 01.15 ptg : TLFC A vs MBPJ / Padang A ------------- menang 2-0

4) 01.45 ptg : TLFC B vs KB Remaja Harimau Malaya / Padang B ------------------------ menang 1-0

5) 03.15 ptg : TLFC A vs PNSB B / Padang A --------------------- menang 2-0

6) 03.45 ptg : TLFC B vs MBSA B / Padang B -------------------- kalah 0-1.

*TLFC B Tidak layak ke pusingan seterusnya.

*TLFC A Layak ke pusingan seterusnya, memenangi perlawananseparuh akhir ke atas pasukan Gen Pro dengan 1 gol tanpa balas..

Dalam perlawanan akhir, pasukan U9 TLFC A bertemu dengan tuan rumah: MBSA. Berjaya mengikat seri, seterusnya penentuan juara ditentukan menerusi tendangan penalti. Dan nasib tidak menyebelahi TLFC A apabila kecundang 2-3. Apapun penjaga gol TLFC: Adam Danish Danial (USJ) diumumkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan, tahniah diucapkan!

(klik pada setiap foto untuk gambar penuh)





 

 

 

 

PASUKAN BAWAH 12 TAHUN:

1) 09.15 pg : PNSB A vs TLFC B / Padang C --------------- menang 2-0.

2) 10.30 pg : MMU FC vs TLFC A / Padang D --------------- menang 4-0.

3) 12.30 ptg: TLFC A vs Selayang Soccerkids / Padang D --------------- menang 2-0.

4) 01.15 ptg: TLFC B vs Ijok Kids / Padang C ------------ seri 0-0.

5) 03.15 ptg: TLFC B vs KBSS / Padang C

6) 03.30 ptg: Jr. Perak Kids B vs TLFC A / Padang D

7) 05.30 ptg: BES FC A vs TLFC A / Padang D

8) TLFC B vs Jr. Perak Kids A / Padang C ------------ seri 0-0.

 

PERINGKAT SEPARUH AKHIR.

TLFC A menang ke atas MBSA.

PERLAWANAN AKHIR.

TLFC A menang 1-0 Junior Kidz Perak.

TUNAS LAGENDA MUNCUL JUARA U12 SOCCERKIDS SHAH ALAM 2013!

(top page)

KEJOHANAN BOLASEPAK KUANTAN 2013
- TLFC PAHANG U14 JUARA!

Bertarikh 28 November, 2013 oleh Roslee Malee.

Pasukan Tunas Lagenda Pahang (hijau muda) bersama pasukan lawan sebelum perlawanan.

Berita dipetik daripada Harian Metro 28 November 2013. TAHNIAH TLFC PAHANG U14!

(top page)

 

PIALA MOMENTUM U12, PERLIS 2013

Bertarikh 15 September, 2013.

 

SENARAI NAMA PEMAIN YANG TELAH MENGESAHKAN PENYERTAAN:

1 ADAM AFIZ ZAIRUL - SUBEST/ 11 TAHUN
2 AMIR HAZIQ BIN MOHD ZALI - BANGSAR/ 12 TAHUN
3 AQIL IDHAM BIN BAHARI - BANGSAR/ 12 TAHUN
4 DANIEL ZULQARNAIN B. MOHAMAD RUDZLAN - SUBEST/ 12 TAHUN
5 MUHAMMAD AIDIL IZZAT BIN ASRIZAL - BANGSAR/ 12 TAHUN
6 MUHAMMAD DANISH HAIQAL BIN MOHD AZHAR - BANGSAR/ 12 TAHUN
7 MUHAMMAD FARHAN BIN MUHAMMAD FADZLY - BANGSAR/ 12 TAHUN
8 MUHAMMAD FARIZ BIN ABDUL ZAFOR - SUBEST/ 12 TAHUN
9 MUHAMMAD NASRULLAH AKMAL BIN KAMAROL BAHARI - BANGSAR/ 12 TAHUN
10 AIMAN SHAKIRAN BIN MOHD MAWARDI - PUTRAJAYA/ 11 TAHUN
11 MUHAMMAD ZUEL HAZWAN BIN ZULKEFLI (GK) - PAHANG/ 12 TAHUN
12 MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN SAIFUL ZAMBRI - PAHANG/ 12 TAHUN
13 MUHAMMAD HAIRULNAIM BIN SALEN - KEPONG/ 12 TAHUN
14 MUHAMMAD UMAR FAROUQ B. MUHD ZAIDI - PAHANG/ 12 TAHUN
15 HAMDIN ZARIF BIN MAHMUN - PAHANG/ 12 TAHUN

Raja Muda Perlis mencemar duli merasmikan Piala Momentum 2013.

Keputusan penuh pasukan Tunas Lagenda FC bagi PIALA MOMENTUM BAWAH 12 PERLIS, 2013:-

Peringkat kumpulan:-

TLFC - 0 vs MSSWP (A) -2

TLFC - 1 vs KENARI KIDS - 0

TLFC - 3 vs ASSUMTION BINTANG BIRU - 0

Suku Akhir:- TLFC - 0 vs PERAK KIDS - 4

(top page)