UTAMA arkib

REKOD pasukan TLFC

 

BERITA sejarah

KALENDAR diari

 

ARTIKEL penulisan

JOHAN akademi

 

MALAYSIA liga bola LAMAN UTAMA TLFC
Paparan lebih sesuai menggunakan layaran [ Mozilla Firefox / Google Chrome ] dengan resolusi 1024 x 768. image clock

2014: Tahniah Coach Faez | Tahun Baru
2013: TLFC wakili negeri | Frendly vs STAR | Berita terkini
2012: Kem Bolasepak | Friendly | Muaz Mubin freekick | Foto Liga Akademi

 

PERUTUSAN AIDIL ADHA DARIPADA PRESIDEN / KETUA JURULATIH TLFC.

Bertarikh 15 Oktober, 2013 oleh Bakri Ibni.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kepada semua parents, coaches dan pemain-pemain TLFC yang saya kasihi.

Sempena hari yang amat bersejarah bagi seluruh umat Islam, sama-sama lah kita semua mengambil iktibar akan peristiwa yang berlaku sehingga Allah Yang Maha Esa menetapkan supaya hari ini (Aidil Adha) semua umat Islam mengingatinya hingga ke hari kiamat.

Peristiwa yang ditakdirkan berlaku ke atas Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta Siti Hajar, putra dan isteri baginda :-

 

 

1. Ikhlas untuk mematuhi perintah yang diterima melalui mimpinya untuk menyembelih akan putera kesayangannya.

Iktibarnya :
1a. Walaupun pahit untuk ditelannya namun demi perintah maka dinyahkan segala kepentingan diri.

 

2. Pengorbanan demi agama, sanggup untuk melakukan apa jua demi menjaga kepentingan Agama.

Iktibarnya :
2a. Sanggup mengenepikan kepentingan diri bagi kebaikan kumpulan.

 

3. Kejayaan pasti muncul setelah berjaya menempuh akan segala dugaan Allah Yang Maha Esa maka, putera kesayangannya digantikan Allah dengan seekor kibasy.

Iktibarnya :
3a. Setelah dugaan demi dugaan, akhirnya kejayaan dijelmakan oleh Allah Yang Maha Esa. Kejayaan kita untuk pertama kalinya di Kejohanan Soccer Kids MBSA baru-baru ini. TAHNIAH !! Namun, menyambut sesuatu kejayaan itu dibenarkan Allah dengan bersyukur dan meraikannya tetapi tidaklah dengan keterlaluan hingga terjurumus ke peringkat 'riak', kerana sifat riak itu cuma dimiliki oleh umat iblis, maka iktibarnya, Allah Yang Maha Esa tidak akan bersama dengan hamba-hambanya yang memiliki sifat yang sedemikian. Tiada siapa individu di dalam organisasi TLFC untuk mempunyai sifat kepentingan diri. Mana-mana individu yang memiliki sifat demikian maka ianya sama sekali tidak relevan kepada TLFC.

 

Akhir kata, semoga Aidil Adha tahun ini, semua ahli keluarga TLFC dapat membersihkan diri untuk menjadi insan yang memlilik sifat-sifat pengorbanan dan sifat - sifat yang terpuji.

Sekian, wassalam,

Yang Benar,

Hj Bakri Ibni (Baloq Liat)
Ketua Jurulatih TLFC.

(top page)

 

Selamat pengantin baru Coach Faez!

Bertarikh 15 September 2014 oleh Zailani.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Pengurus Akademi Bolasepak TL Bandar Kinrara Puchong - Coach Mohd Faezie Faez yang telah menamatkan zaman bujangnya. Kami mewakili keluarga TLFC mengucapkan semoga berbahgia ke anak cucu & diberkati dunia & akhirat, Ameen

(top page)

 


Perutusan Tahun Baru 2014 oleh S/U Agung TLFC

Bertarikh 9 Januari, 2014 oleh Norkhairilnizan Azimbazri.

Salam Semua...

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga TLFC, semoga dengan datangnya tahun baru ini, selain daripada umur kita semakin meningkat, diharapkan juga kematangan, keimanan dan juga kesungguhan kita juga turut meningkat demi mencapai azam atau cita-cita yang kita rancangkan.

2013 sudah pergi meninggalkan kita. Pelbagai kenangan, pahit dan manis yang kita tempuh. Ada kenangan yang kita tak dapat nak lupakan... ada juga kenangan yang sengaja kita lupakan... namun, dengan kehadiran tahun 2014 ini, diharapkan agar kita semua, dapat bersatu-padu dan berkerjasama dalam menjayakan misi dan objektif TLFC.

Sekalung tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka dan juga merupakan pemain TLFC, terutamanya skuad Bawah 12 tahun 2013, yang berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan latihan bolasepak di Sekolah Sukan Malaysia dan juga Sekolah Sukan Negeri, juga tidak ketinggalan di sekolah-sekolah dibawah Program Pembangunan Bolasepak Negara Peringkat Daerah dan di mana-mana sahaja. Dan untuk pengetahuan semua, semenjak penubuhan TLFC hinggalah yang terbaru ini, seramai lebih 30 pemain telah berjaya menempatkan diri dalam Program tersebut. Syabas!

2014 telah tiba. Walaupun TLFC ini masih setahun jagung, masih kurang pengalaman, ditambah pula dengan wujudnya beberapa masalah-masalah sebelum ini yang biasa berlaku di dalam mana-mana kelab, namun, perjuangan mesti diteruskan... Kita akan bergerak kehadapan. Saya secara peribadi amat menyanjung tinggi komitmen yang diberikan oleh ibu bapa dan pemain terhadap TLFC. Pihak Pengurusan akan cuba sedaya upaya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk ahli-ahli. Walaupun kita menghadapi beberapa masalah besar, terutamanya di penghujung tahun lepas, marilah kita melupakannya dengan menfokuskan strategi dan melaksanakan perancangan yang dibuat.

Bagi tahun ini, fokus kita akan tertumpu kepada aspek kejurulatihan yang mana 'quality of coaching' akan dititikberatkan. Sehubungan dengan itu, perancangan Ketua Jurulatih TLFC akan menjurus kepada aspek latihan di pusat latihan. Dan untuk pengetahuan semua, sebagai langkah pertama untuk mencapai objektif tersebut, bermula tahun ini, kemungkinan, Pusat Latihan sedia ada sekarang akan bernaung terus di bawah TLFC dan bukan dibawah Akademi Bolasepak Kelab Nuri dan akan diuruskan sendiri oleh TLFC ( ini disebabkan kerana permintaan Pengurus-pengurus Pusat Latihan sebelum ini). Sekiranya perkara ini dipersetujui, maka TLFC akan memiliki Akademi Bolasepaknya sendiri.

Akhir kata,

Pedulikan apa orang nak kata, lupakan masalah-masalah yang lepas, marilah kita semua, bersama-sama berganding bahu, sama-sama kita berjalan, sama-sama kita berlari, sama-sama kita berdoa, untuk mencapai cita-cita kita semua, terutamanya objektif TLFC untuk melahirkan Lagenda Bolasepak Malaysia suatu hari nanti. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Coach Choe
Setiausaha Agung TLFC

(top page)

 

Pemain TLFC U12 yang mewakili MyKids K.Lumpur
- Juara Kejohanan MyKids U12 Kebangsaan 2013!

Bertarikh 28 November, 2013 oleh Azhar Ramli.

Berdiri dari kiri: Azim Al-Amin, Fadhil Firdaus, Nuraiman Nazri, Mukhri Zulfikri.
Duduk dari kiri: Aqil Bahari, Danish Haikal, Wan Irfan, Putra Faisal "Boy".

Selingan: seorang lagi pemain Tunas Lagenda mewakili My Kids Selangor dalam kategori U10 - Ziad El-Basheer dan membantu pasukan muncul sebagai naib juara!

Tahniah kepada semua pemain Tunas Lagenda yang telah terpilih mewakili negeri masing-masing. Masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh semua kerana pembelajaran tidak terhenti setakat memenangi sebarang piala peringkat umur sahaja. Dengan latihan & pembelajaran yang berterusan, anda semua akan lebih maju jaya lagi di masa hadapan demi memartabatkan bolasepak negara!

Ikuti senarai pemain yang telah terpilih ke Sekolah-Sekolah Sukan Negara & Negeri di [ sini ].

(top page)

Perlawanan Persahabatan U14 & 16 - 10/11/2013.

Bertarikh 11 November, 2013 oleh Kamal Ropol.

Keputusan perlawanan persahabatan :-

Tunas Lagenda vs Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.

Pasukan U14 & U16 @ MARDI Serdang, Ahad pagi 10 Nov 2013.

U14 - TLFC 1-2 STAR, jaringan tunggal oleh Wan Mohd Shahrom (Cho'om).

U16 - TLFC 3-3 STAR, jaringan Fikri, Aizzul (MatYo), Syed Ridzwan.

Tahniah & tingkatkan lagi prestasi!

Foto-foto menarik pasukan U14.

klik untuk melihat imej lebih besar.

 

 

Foto-foto menarik pasukan U16.

Klik gambar untuk melihat imej lebih besar

 

Perlawanan Persahabatan - 13/10/2013.

Bertarikh 14 Oktober, 2013 oleh Mohamad Imran.

Pasukan U9 - foto ehsan Syazfitri Shaharudin.

Keputusan perlawanan persahabatan :-

Ahad (13 Oct 2013) TLFC vs International Soccer Academy (ISA) Malaysia - Padang MARDI, Serdang.

U7 - TLFC menang 8-2 ISA.

U9 - TLFC menang 2-1 ISA.

U11 - TLFC seri 2-2 ISA.

U13 - TLFC menang 4-0 ISA.

TLFC U16 seri 1-1 ISA U18.

Terima kasih & majulah bolasepak TunasLagenda untuk negara!

(top page)

 

Berita Akademi 2013.

*Kemaskini bertarikh 16 Januari.

Salam 2013. Masih belum terlewat untuk kita mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini Akademi kita lebih maju setapak lagi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Berikut adalah beberapa berita terkini yang telah disampaikan oleh pihak pengurusan:-

1) Berita Gembira! Figos Sdn Bhd telah berbesar hati untuk menaja pasukan utama iaitu Tunas Lagenda bawah 12, 14 & 16 dalam penyertaan dalam Liga 1MCC 2013. Semoga dengan sumbangan ini dapat menaikkan semangat pemain agar terus menuntut ilmu, berlatih dengan gigih dan bermain untuk kejayaan dalam Liga 1MCC kelak. Kerjasama ini harus dilihat dalam konsep win-win situation (menang-menang) antara dua pihak iaitu semua warga TLFC diminta sama-sama untuk menyokong produk-produk Figos. Senarai produk figos boleh diperolehi dengan melayari laman web www.figosport.com. Kerjasama ini juga diharapkan dapat merealisasikan matlamat kita satu hari nanti bagi "Melahirkan Lagenda Bola Sepak Negara" satu hari nanti.

2) Bermula tahun ini Akademi Bolasepak Kelab Nuri Bank Rakyat (ABKNBR) akan juga dikenali AKADEMI BOLASEPAK TUNAS LAGENDA (ABTL). Ini kerana pemain-pemain terpilih dari ABKNBR dari seluruh Malaysia bermain untuk Kelab Bola Sepak Tunas Lagenda. Secara dasarnya Bank Rakyat telah bersetuju untuk menaja beberapa aktiviti kelab seperti Liga Amatur Junior, Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri, Klinik Kejurulatihan dan Kem Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan pasukan-pasukan negeri.

3) Para pemain berbakat yang dipilih oleh jurulatih masing-masing, sudah mula dihantar berlatih dengan Tuan Haji Bakri Ibni sejak minggu pertama lagi untuk persediaan pasukan Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (TLFC) ke Liga U12 - 1MCC 2013. Sepanjang awal tahun ini, pusat latihan ditukar ke padang SS5D Kelana Jaya, kerana padang Sekolah Tamil Jalan Glenmarie, TTDI Jaya Shah Alam sedang dinaik-taraf. Jadi latihan pusat TLFC akan diadakan pada hari Sabtu/Ahad 8am-11am di Kelana Jaya sehingga notis baru diumumkan kemudian. Selain pemain U12, pemain U14 & U16 tahun juga diberi peluang untuk sessi pemilihan pasukan kategori umur masing-masing untuk pembentukan pasukan baru U14 & U16 yang lebih mantap.

4) Pusat-pusat latihan Tunas Lagenda terus menjalankan latihan masing-masing, dengan pendaftaran ramai bakat-bakat baru, beserta pembukaan beberapa cawangan baru di sekitar Lembah Klang. Dan berita terkini - ABKNBR telah berjaya mengadakan kerjasama dengan Yayasan Bekas Atlet Kebangsaan di mana para bekas pemain handalan negara akan membuka & melatih anak-anak kita dalam Akademi Tunas Lagenda. Nama-nama seperti Coach Azhar Sharif, Shahrul Azhar, Karim Pin dan ramai lagi bakal menyertai Tunas Lagenda seterusnya membentuk bakat-bakat baru yang bakal menjadi lagenda negara satu hari nanti!

Gambar kenangan YAKEB - Julai 2010 - Bakri Ibni (tengah) bersama lagenda negara dan Allahyarham Ghani Minhat.

Berita selanjutnya akan disiarkan lagi dari semasa ke semasa. Pengurus / jurulatih cawangan Akademi Tunas Lagenda boleh dirujuk / dihubungi di [ sini ], terima kasih!

Sertai kami di Tunas Lagenda Facebook untuk berita-berita terkini di [ sini ].

Majulah Bolasepak Tunas Lagenda untuk Malaysia!

(top page)

 

Kem Latihan Bolasepak Tunas Lagenda 2012.

Bertarikh 27 November, 2012.

GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI), KAJANG, SELANGOR DE.
[ lokasi & peta ]

Bermula Ahad 2 Disember 2012 hingga Rabu 5 Disember 2012.

ramaiPara pemain & jurulatih bergambar kenangan selepas tamat 4 hari 3 malam Kem Bolasepak. Semoga semua mendapat manfaat, pengalaman dan ilmu daripada kem ini. Tahniah kepada para pemain yang terpilih ke Perlis & Perak nanti, serta terima kasih atas sokongan IBU BAPA / PENJAGA, JURULATIH & semestinya - PARA PEMAIN HARAPAN NEGARA! - "Admin - 6 Disember 2012."

 

 

kem bola day 1kem bola day 2kem bola day 3kem bola day 4

 

 

 

 

Galeri Kem Bola 2012 - Sekitar Suasana Kem Bola

Foto-foto bertarikh 2 Disember, 2012. Oleh Mohamad Imran

pendaftaran
Sessi Pendaftaran


berkumpul
Para pemain berkumpul


taklimat kepada ibubapa
Taklimat kepada ibubapa


taklimat kepada pemain
Taklimat kepada pemain


doa selamat
Bacaan Doa Selamat.


lagendas
Lagenda - Bakri Ibni dan Azhar Sharif.


ready
Bersedia ke kelas petang.


beratur
Beratur menuju ke kelas.



Kelas petang hari pertama.



"Saya coach ....!"



Nota Pelajaran



Pelajaran padang hari pertama



Lagenda masih hebat!



Lagenda kedua masih hebat!



Players didenda star jump!



Kelas malam pertama - tazkirah



Warden kasi soalan


Kumpulan bertungkus-lumus



(top page)

Perlawanan Persahabatan di Perlis & Perak.

*Pos terkini bertarikh 17 Disember, 2012.

Banner Friendly Trip 2012


 

 

 

"Perlawanan Persahabatan TLFC dgn Mykids Soccer Perlis & Perak berakhir semalam (16 Dec) persoalannya "Apa yang pemain TLFC belajar" dari perjalanan dan perlawanan ini? Kalah atau menang adat permainan... Kami ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada semua pemain walau dalam keadaan letih perjalanan jauh, masih juga dapat menunjukkan semangat kental berjuang. Kepada ibubapa / penjaga dan keluarga yang memberi sokongan terutamanya yang turut serta ke Perlis dan Perak, juga pada jurulatih2 dan krew 'menantu' yang dedikasi menjaga pemain2 semasa di luar dan di dalam padang... dan pada Hj Bakri Ibni, semangat 'bola sepak' telah mula meresap dalam jiwa TLFC... Keputusan perlawanan:

15 Dis 2012:-

U8 - TLFC 4 vs Mykids Soccer Perlis 2
U10 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perlis 4
U12 - TLFC 2 vs Mykids Soccer Perlis 4
U14 - TLFC 1 vs Sekolah Projek Perlis 2

16 Dis 2012:-

U8 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perak 1
U10 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perak 2
U12 - TLFC 4 vs Mykids Soccer Perak 4
U14 - TLFC 2 vs Sekolah Projek Perak 0

TLFC... The best.."

Rombongan pada pagi Jumaat sebelum bertolak (klik gambar untuk paparan lebih besar)

 

Sabtu - Semua pemain selepas perlawanan persahabatan di Perlis (klik gambar untuk paparan lebih besar)

U14 @ PERLIS.

 

Coaches vs Ex-Perlis.

 

U8 @ Ipoh Perak.

 

U14 @ Ipoh Perak

* Kredit foto-foto di atas kepada jurulatih / ibubapa - Lain-lain gambar boleh dilayari dalam Facebook Tunas Lagenda di [ sini ].

 

 

*TERKINI: Senarai 72 Nama Pemain Yang Terpilih :-

BAWAH 8 TAHUN:
1 Muhammad Taufiq Mohd Fuad (PUJ) – GK
2 Muhammad Shakir Zulfayri Bin Hassan (PUJ) – CB/ LB
3 Muhammad Nabil Aiman Bin M. Kamal (USJ) – RB
4 Firas Faiq Bin Ahmad Farid (Kajang) – LB
5 Muhammad Muaz Bin Mohd Mubin (Kajang) – LMF
6 Ahmad Zharfan Bin Ahmad Shukhairi (Melawati) – RMF
7 Muhammad Ammar Irham Bin Idwan Shah (PUJ) – FW
8 Adam Danish Danial Bin Mohd Zailani (USJ) – GK
9 K. Sujesh Manohar (Kajang) – FW
10 Muhammad Aqil Bin Rahmat (Kajang) – MF
11 Muhammad Farhan Daniel (Jengka) – CB
12 Muhammad Khairul Ikhwan Kamarulzaman (Kinrara) – FW
BAWAH 10 TAHUN:
1 Luqman Faris (USJ) – GK
2 Nu'man Hakim Abdul Rahman (Kajang) – RB
3 Muhd Syaizwan Irfan Bin Saide (PUJ) – LB/ CRB
4 Muhd Asyraf Mohd Junaidi (Subang Bestari) – CB
5 Wan Aiman Wan Suzian Hamidi (Indera Mahkota) – LB
6 Adam Hafiz Zairul (Subang Bestari) – CMF
7 Muhammad Nasyrullah Bin Mohd Zaki (Indera Mahkota) – CMF
8 Muhammad Fariszuddin Kamarulzaman (Kinrara) – LW
9 Ziad El Basheer Bin Norhisham (Kajang) – RW
10 Zahrul Nizam Zamri (Subang Bestari) – FWD
11 Muhammad Haritz Rafaae Bin Buhari – FWD
12 Mohamad Aiman Fahmi Bin Mohamad (Jengka) – MF/ FW
13 Abu Hurairah Azhar (Subang Bestari) – LW
14 Muhammad Aiman Irfan Bin Noor Ismadi (USJ) – MF
15 Muhammad Arman Irfan Bin Noor Ismadi (USJ) – MF
16 Muhammad Amri Bin Mohd Adnan (PUJ) – MF/ FW
17 Ameerul Aisy Baharuddin (Indera Mahkota) – CMF
18 Muhammad Adam Ilmam Bin Idwan Shah (PUJ) – LW
19 Muhammad Syazmi Zikry Bin Shuhelmi (Kepong) – MF
20 Muhammad Haziq Bin Mohd Azrol
21 Muhammad Khairi Bin Zahid
BAWAH 12 TAHUN
1 Ashriel Najmi Abd Lateb (Jengka) – GK
2 Muhammad Zakwan Bin Roslan (PUJ) – CB
3 Iqbal Daniel Aneeq Bin Ramlan (Jengka) – RB
4 Muhammad Diniz Bin Irwan (Kajang) – CMF
5 Ashrull Syah Bin Ahmad Azwan Syahrill (Banting) – CMF
6 Faizal Raffiq Bin Fazal Remi (USJ) – LW
7 Muhammad Iqbal Mohd Subki (Kajang) - GK
8 Muhammad Affiq Bin Muhamad Fazli (Melawati) – FW
9 Khairul Rizal Bin Zamri (Subang Bestari) – RW
10 Muhammad Arif Bin Mohd Munir (K.S'gor) – MF
11 Muhammad Naqiyuddin Faiz Bin Sanawi (Kajang) – MF
12 Muhammad Luqman Bin Zamzuri (Kinrara) – GK
13 Danish Haiqal Bin Azhar (PUJ) – MF/ FW
14 Muhammad Rayzul Iqman Bin Noor Azmi (USJ) – RW
15 Tuan Muhammad Akram Bin Tuan Faaeh (PUJ) – CB
16 Daniel Zulqarnain Bin Mohamad Rudzlan (Subang Bestari) – RW
17 Muhammad Aidil Izzat Bin Asrizal
18 Azim Al Amin
19 Zainul Ariffin Bin Ahmad Latifi
20 Muhammad Hakimi Bin Mohd Azrol
BAWAH 14 TAHUN
1 Muhammad Aqmal Bin Ahmad Tajuddin (Kepong) – RB
2 Muhammad Fitri Bin Junaidi (Jengka) – CB
3 Aiman Hafiz Bin Abdul Karim (Kajang) – CB
4 Nur Iman Iqmal Bin Mohd Noor (Kepong) – LB
5 Lukman Hakim Bin Hamzah – CMF
6 Amirul Aiman Bin Mohamed Ibrahim (Kajang) – CMF
7 Muhamad Qayyum Izzat Bin Tarmizi – LW
8 Ahmad Zhafri Aizat – RW
9 Azrill Syah Bin Ahmad Azuan Shahrill (Banting) – FW
10 Akmal Nurhakim Bin Mohd Kamal (Bangi) – FW
11 Muhammad Iszwan Aliff Bin Ismail (Indera Mahkota) – GK
12 Muhammad Haziq Bin Mohd Hanif (Bangi) – CMF
13 Wan Muhammad Sharom Bakri Ibni (Shah Alam) – LW
14 Muhammad Nazeem Bin Mohd Nazri (Bangi)
15 Muhammad Shahir Bin Zulkafli (Bangi)
16 Ahmad Fakhri Putra Bin Fauzi
17
Muhammad Syazwi Azri Bin Mohd Hasan
18 Ikhwan Bin Mat Zin
19 Muhamed Izmer Ridzuan

 

*Ini hanyalah panduan... Barangan lain adalah mengikut budi bicara ibubapa/ penjaga.Senarai Semak BaranganPerlis Perak Trip Day 1Perlis Perak Trip Day 2Perlis Perak Trip Day 3

(top page)

 

Perlawanan Persahabatan Tunas Lagenda FC
OKTOBER 2012

Bertarikh 11 Oktober, 2012.

*KEPUTUSAN PERLAWANAN TLFC v CORRU FC @ Danau Desa KL.
1) TLFC A menang 3-0 Corru FC ( Penjaring: Ziad El-Basheer [ 2 ] + Aidil )
2) TLFC A seri 2-2 TLFC B ( Ziad, Kamarul, Nu'man, Muaz )
3) TLFC B menang 7-0 Corru FC ( Muaz [ 2 ], Haziq [ 2 ], Shakir [ 1 ], GolSendiri [ 2 ] )

Seperti yang sedia maklum, pasukan Tunas Lagenda Football Club (TLFC) adalah terdiri daripada himpunan pemain-pemain terbaik yang dikumpulkan dari semua pusat latihan Akademi (ABKNBR). Pada bulan ini TLFC telah dijemput untuk perlawanan persahabatan bagi membentuk kerjasama & memberi pengalaman dan pendedahan kepada seluruh pemain bagi setiap pasukan. Senarai pemain dihantar terus oleh setiap pengurus / jurulatih pusat latihan ke pusat latihan TLFC di TTDI Jaya Shah Alam, sebelum dilatih & ditapis oleh Tuan Haji Bakri Ibni untuk penyenaraian pemain terkini TLFC bagi menghadapi sebarang perlawanan persahabatan atau pertandingan.

Berikut adalah butir-butir perlawanan TLFC sepanjang Oktober 2012:-

1.) TLFC vs Mont Kiara International School ( Team U6 & U7 )
13 Oktober 2012 (Sabtu) Jam 8.00 pagi di Mont Kiara Inter. School.

2.) TLFC vs Corru FC (anak-anak orang Eropah): ( Team U8 & U9 )
14 Oktober 2012 (Ahad) Jam 8.00 pagi di Padang Bolasepak DBKL Taman Danau Desa, KL.

3.) Latihan mingguan di bawah bimbingan terus Coach Bakri Ibni: ( U10 / U12 / U14 )
Mulai 14 Oktober 2012 (setiap Ahad) Jam 8.00 di SJK(Tamil) Jalan Glenmarie, TTDI Jaya, Shah Alam.

Sila ikuti diari tahunan TLFC di [ sini ]. Terima kasih!

(top page)

Muaz Mubin menjaringkan gol melalui "free-kick".

Foto bertarikh 7 Oktober, 2012. @ SMK Bandar Utama Damansara 2, PJ.
Under 8 Friendly Match: Tunas Lagenda FC vs Goal Academy.

muaz 1muaz 2muaz 3muaz 4muaz 5muaz 6muaz 7

(top page)

 

Galeri Foto - Sekitar Hari Pertama Liga 2012.

Foto-foto bertarikh 17 March, 2012.