clock
- Sabtu, 22 Julai 2017

FB/bolasepaktunaslagenda

PERLAWANAN PERSAHABATAN ABTL PRA-RAMADHAN

 

 

ABTL akan mengadakan perlawanan persahabatan Pra-Ramadhan pada hari Sabtu ini di MMU Cyberjaya.

 

Akademi yang akan hadir adalah seperti berikut: Bangi - Kajang - Kepong - Maluri - Melawati - Shah Alam.

 

Pemain yang berminat bolehlah menghubungi pengurus cawangan-cawangan di atas. Sekian harap maklum. Klik di [ sini ] untuk senarai pengurus cawangan ABTL terkini.

 

PERJANJIAN PENAJAAN EPSON - TUNAS LAGENDA 2017-2018

 

Tunas Lagenda Football Club is proudly to announce our collaboration with EPSON as our Club Sponsor for 2017-2018.

We would like to extend our gratitude to EPSON for this opportunity and their commitment towards the development of youth football program.

 

Welcome on board.

 

#EpsonMalaysia
#demiTLFC
#thebaloqliat

 

------------------------

Kelab Bola Sepak Tunas Legenda amat berbesar hati mengumumkan kerjasama bersama EPSON sebagai penaja utama bagi tempoh 2017-2018.

 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada EPSON di atas peluang dan komitmen mereka di dalam aktiviti pembangunan bola sepak remaja dan akar umbi.

 

Selamat Datang.

#EpsonMalaysia

 

12 Mei 2017 adalah hari bersejarah buat kelab kita yang kecil ini sejak penubuhannya pada 2012 (6 tahun yang lalu).


Syukur Alhamdulillah. Semoga dengan suntikan penajaan ini, Tunas Lagenda bakal maju setapak lagi dalam dunia bolasepak negara!


Tahniah buat semua pihak yang menjayakan jalinan kerjasama ini terutamanya Epson Malaysia!

 

 

 

 

 

 

 

 

29/3/2017

Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (TLFC) telah maju setapak lagi dengan termetrinya perjanjian persefahaman antara TLFC dan EPSON sebagai rakan penaja utama. Pelbagai persetujuan telah dicapai untuk membawa TLFC-EPSON bersama-sama menjayakan industri bolasepak yang semakin meluas dan mencabar. Pelbagai perancangan telah dibuat demi untuk meningkatkan lagi mutu bolasepak, terutamanya yang melibatkan team TLFC-EPSON. Sama-sama kita doakan agar projek kerjasama ini mendapat keberkatan dan menuju kejayaan.


Satu sesi pelancaran akan diadakan tidak lama lagi.


TAHNIAH EPSON - TLFC !

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasukan Tunas Lagenda dalam Liga 1MCC 2016

 

Bermula bulan Januari sehingga tamat musim 2016 ini (bulan Oktober) - Kelab Bolasepak Tunas Lagenda telah menghantar semua skuad U-12, U-16, dan U-14 dalam pertandingan paling berprestij Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC) Divisyen 1 Zon Lembah Klang yang dianjurkan setiap tahun sejak 2012!

 

 

Secara keseluruhannya - Skuad U12 adalah yang paling berjaya apabila menduduki tempat ke-4 Liga, menang suku akhir dengan jaringan 1-0 (MBPJ) dan layak ke peringkat separuh akhir 1MCC Cup sebelum tewas 0-1 (MBSA) dalam minit terakhir masa tambahan (Extra Time)!

 

 

Manakala Skuad U-16 gagal mengulangi pencapaian cemerlang tahun lalu apabila sekadar menduduki tempat ke-12 dan tidak layak ke peringkat suku akhir, namun masih berjaya kekal ke Divisyen Satu 2017!

 

 

Terkini Skuad U-14 berjaya memperbaiki catatan tahun lalu apabila menduduki tempat ketujuh, layak ke Suku Akhir 1MCC Shield sebelum tewas tipis 2-3 (Mahkota FA) dalam aksi Extra-Time pada minit-minit terakhir!

 

 

 

Apapun tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan serta ibubapa/penjaga yang berjaya mengharungi musim padat Liga pada musim ini! Semoga kita dapat mempelajari aspek-aspek positif sepanjang kira-kira 7 bulan perlawanan Liga (U12 - U16 - U14) serta lebih maju jaya lagi untuk musim Liga 2017!

 

Majulah bolasepak Tunas Lagenda untuk negara!

 

[ TUNAS LAGENDA DALAM 1MCC SEJAK 2012 ]

 

[ Berita-berita 2015 ]

 

 

 

Catatan Admin (3 Nov 2015).

 

Liga 1MCC 2015 Zon Lembah Klang telah melabuhkan tirainya apabila tamat semua kategori: U12, U14, U16. Kejohanan Liga ini adalah paling berprestij di kalangan Kelab-Kelab Bolasepak Pembangunan Kanak-Kanak / Remaja di kawasan Lembah Klang dan bolehlah diibaratkan sebagai Liga Super Bolasepak Malaysia.

 

Secara keseluruhannya, musim 2015 ini Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (TLFC) unggul sebagai pasukan yang digeruni apabila pasukan U12 muncul Juara Liga dan Naib Juara Piala, dan pasukan U16 berjaya mendapat tempat kedua Liga sebelum tersekat di suku akhir. Cuma pasukan U14 masih mencari rentak sejak musim 2013 lagi apabila hanya menduduki tempat ke-11 Liga - namun masih lagi berjaya meneruskan cabaran dalam Divisyen Satu untuk musim seterusnya. Pemain Tunas Lagenda juga dianugerahi Pemain Terbaik Liga Div Satu U12, serta Penjaring Terbanyak Liga Div Satu U16 dan juga Pemain Muda Harapan Div Satu U16 2015!

 

Segala kecemerlangan ini membuktikan kejayaan Kelab dalam pelan pembangunan bolasepak kanak-kanak dan remaja di bawah kendalian secara langsung oleh legenda bolasepak negara: Tuan Haji Bakri Ibni. Tanpa penajaan besar serta dengan pengorbanan jiwa raga Haji Bakri, pengurusan Kelab, para pengurus Akademi (ABTL) & jurulatih, para ibubapa/penjaga, penyokong, serta para pemain sendiri, Tunas Lagenda tetap mampu mencatat kejayaan kecil ini saban tahun sehingga kini sejak ditubuhkan secara rasmi tahun 2012.

 

Apapun, segala kejayaan ini bukanlah penentu dan penamat segalanya. Ilmu bolasepak yang betul mesti terus dipelajari & diteruskan pada setiap masa. Untuk para pemain, proses pembelajaran tidak akan terhenti selepas tamatnya musim pertandingan, malahan diharapkan akan terus berlatih sehingga tahap tertinggi yang termampu digapai kelak. Ilmu kejurulatihan juga tidak terbantut sekali - malahan kita (jurulatih, pengurusan, penyokong dan juga ibubapa) amat bertuah kerana seorang legenda bola negara sanggup menolak gaji lumayan melatih pasukan negeri, dan sanggup berpanas berhujan untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita secara PERCUMA! Rugi jika kita tidak belajar daripada Haji Bakri pada setiap kali sesi latihan kerana beliau adalah "Over-Qualified" & mempunyai kira-kira 50 tahun pengalaman dalam bidang bolasepak ini.

 

Peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Kelab adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan semua ahli kelab terutamanya para pemain Tunas Lagenda, bukan untuk menyekat peluang mereka, tetapi demi pendidikan ke arah mematuhi segala undang-undang kelab selaras menuju ke arah profesionalisme pemain untuk masa akan datang. Segala undang-undang ini ada objektif dan tujuan tersendiri demi kemaslahatan Kelab, bukan untuk kepentingan mana-mana individu termasuk Tuan Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi sendiri.

 

Apapun - Insha Allah, dengan cabaran yang bakal dihadapi untuk musim mendatang, Tunas Lagenda FC akan meneruskan tugas mendidik & menguruskan pasukan untuk setiap sessi latihan / karnival / liga bagi setiap umur bermula U8, 10, 12, 14, 16, dan Belia (U20). Semua cawangan Akademi Bolasepak Tunas Lagenda (ABTL) juga meneruskan komitmen melatih dan membentuk asas permainan bolasepak untuk semua pemain di cawangan masing-masing- rujuk di [ sini ].

 

Persediaan terkini pasukan untuk bulan November: Skuad Belia untuk pertandingan Piala FA / Liga FA Selangor 2015/2016. Pasukan U12 baru juga bakal dibentuk untuk Liga 1MCC bermula Januari 2016. Juga skuad U8, 10, 12, 14, 16 bersedia untuk beberapa karnival kejohanan, seperti Kejohanan PNSB yang telah berlangsung baru-baru ini, Karnival Gen-Pro, dan sebagainya.

 

Majulah bolasepak Tunas Lagenda untuk negara!

 

[ Berita-berita 2015 ]

( KEMBALI KE ATAS )